Monday, 19 August 2019

Pengalaman Jadi Student Program Khas Bahasa Arab (PKBA)

Assalamualaikum semua! kaifa halukum jami'an? 😃 Kot hitam sihat alhamdulillah hehe. Okay so kita terus pada tajuk, Pengalaman KH jadi student PKBA nihh.

So, KH yakin pembaca entry kali ni mesti antara student yang bakal masuk PKBA ni, atau bekas pelajar PKBA atau family student PKBA atau kawan-kawan student PKBA tu sendiri yang nak tau apa benda lah PKBA ni kan hahaa. So, 'PKBA' stands for Program Khas Bahasa Arab. Sebenarnya agak payah juga la nak explain sebetul-betulnya apa itu PKBA ni dekat orang yang memang tak tahu pasal ni. Betul tak? Sebab KH sendiri dan mengalami pengalaman tu, setiap kali orang tanya belajar apa kat mana semua, mostly kurang faham dengan PKBA itu apa hehe. Tapi takpe, kita explain slow-slow dengan details bagi orang faham. Sharing ilmu yang bermanfaat akan jadi bekalan kita tau dekat alam 'sana' nanti. Semoga Allah terima semua amalan-amalan pembaca KH kali ni hehe.

Okay proceed. Ohya sebelum tu harap maaf ye kalau KH guna bahasa rojak campur melayu dengan english huhu. Jadi senang cerita PKBA ni macam program persediaan nak masuk Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya. Jadi flow nya macam ni, (PKBA ➝ Asasi Pengajian Islam ➝ Degree). Okay so far faham macam mana flownya kan?

Yang istimewanya PKBA nih, ia ditawarkan HANYA untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak sahaja. Ada yang tanya kenapa Sabah dan Sarawak saja? Sebab, motif asal penubuhan PKBA ni atau dulu dipanggil SST (KH kurang pasti pasal term ni sebab ni zaman senior KH yang guna) adalah untuk melahirkan golongan pendidik khusus dalam Pengajian Islam di Sabah dan Sarawak tu sendiri. Program ni macam kerjasama antara kerajaan negeri Sabah / Sarawak dengan pihak Universiti Malaya secara umumnya lah.

PKBA ni berlangsung selama dua semester iaitu setahun dan bertempat di tempat yang sama dengan pelajar Asasi Pengajian Islam UM belajar. Nak tau dekat mana? Hehe semestinya bertempat di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Hanya PKBA dan Asasi Pengajian Islam saja yang bukan bertempat di Universiti Malaya yang dekat KL tu. PASUM dengan APIDS dekat UM, tapi APIDS dulu pun dekat Kelantan juga. Jadi, bila masuk degree nanti barulah pelajar dari APIUM, Kelantan ni akan belajar secara sepenuhnya dekat UM, KL .

Ada yang tanya apa student PKBA belajar? Sama sebiji macam student asasi belajar ke? Jawapannya tidak. TAPI, secara jujur dan ikhlasnya KH cakap, apa yang dibelajar masa PKBA tu sangat sangatlah berguna untuk survive masa asasi nanti. Serius tak tipu. Sebab kebanyakkan subjek masa asasi tu nanti, bukunya notanya examnya adalah dalam bahasa arab. Pensyarah pun ada yang berasal dari negara arab sendiri. Hebat kan? Best tau sebenarnya belajar bahasa arab ni walaupun mula-mula agak terkapai juga. Yelah, habis je SPM tu kan cuti lama. Jadi agak berkarat sikit otak ni nak 'brain' balik pasal bahasa arab haha.

Okay antara senarai subjek masa PKBA semester 1 (gigih KH buka balik slip result semata nak tengok senarai subjek haha) :
1) Al-Aswat wa Al-Tajwid 1
2) Al-Istima' wa Al-Kalam 1
3) Al-Imla' wa Al-Insya' 1
4) Al-Kitabah 1
5) Al-Tharwah al-Lughawiyyah 1
6) Nahu 1
7) Saraf 1
8) Bahasa Inggeris 1
9) Al-Mutalaah 1
10) Etika Pengajian

Kalau subjek masa semester 2 pula, tukar je semua subjek yang berakhir dengan '1' tadi tu kepada '2' dan subjek Etika Pengajian tu pula ganti dengan subjek Pendidikan Akhlak. Semua subjek tu dalam Bahasa Arab kecuali subjek Etika Pengajian, Pendidikan Akhlak dengan Bahasa Inggeris of course! 😆

Satu slip untuk semester 1, satu lagi semester 2. Gigih buka fail cari slip result haha 😆

Rasanya banyak lagi yang KH tak cerita pasal PKBA ni, tapi setakat ni jelah okay untuk masa sekarang. In shaa Allah, ada masa nanti KH sambung balik pasal PKBA ni okay semuaaa!

Terima kasih! Bye ma'as salamah !


Saturday, 27 July 2019

My first entry!

Assalamualaikum dan haii semuaa! Apa khabar semua yg membaca ni? Semoga sihat je lah ya. Ramai kawan² dan orang² yg wani dengar tengah demam sekarang ni huhu. Takpe, semua tu ujian dari Allah. Stay positive okay?! Kita tengok life orang yg lagi susah dari kita, then we realized how lucky we are actually. Always be grateful okay 😀

Dok pokpek pokpek dari tadi, kata first entry so asal tak kenalkan diri en? Hahah. Okay la. Korang nak tau apa je pasal diri wani? Hahah. Okay so, korang boleh panggil wani. Tu je lah, takyah tanya lebih haha. Masih student lagii. Wani merupakan anak perempuan tunggal dlm adik beradik wani hehe. 😎 Andddd, wani is a Sarawakian! Hahha. Ada Sarawakian jugak ke sini? Say hii sikit! Hehe. Sarawak tu luas wani oii, daerah mana? Hahah. Okay so wani area Kuching hehe. Dan bakal berpindah tak lama lagii. Tak tau lah pindah bila. Tapi yg pastinya, bakal berpindah huhu. I'm gonna miss Kuching for sure!

So next wani nak cerita pasal kenapa wani pilih nama 'Kot Hitam' sedangkan nama wani ni, wani. Hahah faham tak? Okayyy nak tau ke sebabnya ni? Tunggu next entry okay!


"Dah kenapa dia ni, nak cerita ceritaaa je laa!!"
Haha okay okay. Sabarrr, sabar tu kan sebahagian daripada iman. So kita kenalah didik dalam diri kita ni utk banyakkan bersabar. Kelebihan bersabar ni ada baaaaaaanyakk sangat! Tak caye? Try la bersabar. Heheh. Okay kita sambung. Hm, kenapa wani pilih 'Kot Hitam' sebagai nama eh? Okay sebenarnya takdelah merancang sampai siap masuk diary kenapa nak letak nama kot hitam ni hahaha. Sebenarnya sebab, satu; wani ni 'orang kot hitam' haaa gituuuu. Jap belum habis. Orang kot hitam yg bercita-cita nak jadi kot putih huhu. Yang faham, faham. Yang tak faham, takpe hahah.

Hm. So begitulah. Eh satu je sebab? Hahaha okay sebab kedua, sebab mcm nak bagi curious sikit, "Siapa je lah kot hitam ni. Nama tak standard langsung huh!" Haha takpe, setiap orang ada pandangan masing² kan? You deserve to have your own opinion gituuuuu. Hahaha.

Tujuan pembikinan blog? Hm. Tujuan eh. So far, tujuan wani buat blog ni sebab wani nak share. Share apa? Share lah. Share apa2 je hahha. Share pengetahuan, share tips and so on. And satu lagi sebenarnya, wani buat ni sebagai satu medium utk asah kemahiran menulis ni. In shaa Allah hehe. Wani suka bercakap sebenarnya. Tapi menulis suka jugak. So jangan hairan kalau wani tulis ni nampak macam wani membebel hahaha.

Rasanya, sampai ni je dulu kot untuk my very first entry ni. In shaa Allah, kalau ada kelapangan nanti wani update lagi eh! Sorry kalau entry ni nampak mcm boring. Sis belajar okayy hehe.

Sorry for something, thankyou for everything. Dadaaaa!