So, KH yakin pembaca entry kali ni mesti antara student yang bakal masuk PKBA ni, atau bekas pelajar PKBA atau family student PKBA atau kawan-kawan student PKBA tu sendiri yang nak tau apa benda lah PKBA ni kan hahaa. So, 'PKBA' stands for Program Khas Bahasa Arab. Sebenarnya agak payah juga la nak explain sebetul-betulnya apa itu PKBA ni dekat orang yang memang tak tahu pasal ni. Betul tak? Sebab KH sendiri dan mengalami pengalaman tu, setiap kali orang tanya belajar apa kat mana semua, mostly kurang faham dengan PKBA itu apa hehe. Tapi takpe, kita explain slow-slow dengan details bagi orang faham. Sharing ilmu yang bermanfaat akan jadi bekalan kita tau dekat alam 'sana' nanti. Semoga Allah terima semua amalan-amalan pembaca KH kali ni hehe.
Okay proceed. Ohya sebelum tu harap maaf ye kalau KH guna bahasa rojak campur melayu dengan english huhu. Jadi senang cerita PKBA ni macam program persediaan nak masuk Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya. Jadi flow nya macam ni, (PKBA ➝ Asasi Pengajian Islam ➝ Degree). Okay so far faham macam mana flownya kan?
Yang istimewanya PKBA nih, ia ditawarkan HANYA untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak sahaja. Ada yang tanya kenapa Sabah dan Sarawak saja? Sebab, motif asal penubuhan PKBA ni atau dulu dipanggil SST (KH kurang pasti pasal term ni sebab ni zaman senior KH yang guna) adalah untuk melahirkan golongan pendidik khusus dalam Pengajian Islam di Sabah dan Sarawak tu sendiri. Program ni macam kerjasama antara kerajaan negeri Sabah / Sarawak dengan pihak Universiti Malaya secara umumnya lah.
PKBA ni berlangsung selama dua semester iaitu setahun dan bertempat di tempat yang sama dengan pelajar Asasi Pengajian Islam UM belajar. Nak tau dekat mana? Hehe semestinya bertempat di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Hanya PKBA dan Asasi Pengajian Islam saja yang bukan bertempat di Universiti Malaya yang dekat KL tu. PASUM dengan APIDS dekat UM, tapi APIDS dulu pun dekat Kelantan juga. Jadi, bila masuk degree nanti barulah pelajar dari APIUM, Kelantan ni akan belajar secara sepenuhnya dekat UM, KL .
Ada yang tanya apa student PKBA belajar? Sama sebiji macam student asasi belajar ke? Jawapannya tidak. TAPI, secara jujur dan ikhlasnya KH cakap, apa yang dibelajar masa PKBA tu sangat sangatlah berguna untuk survive masa asasi nanti. Serius tak tipu. Sebab kebanyakkan subjek masa asasi tu nanti, bukunya notanya examnya adalah dalam bahasa arab. Pensyarah pun ada yang berasal dari negara arab sendiri. Hebat kan? Best tau sebenarnya belajar bahasa arab ni walaupun mula-mula agak terkapai juga. Yelah, habis je SPM tu kan cuti lama. Jadi agak berkarat sikit otak ni nak 'brain' balik pasal bahasa arab haha.
Okay antara senarai subjek masa PKBA semester 1 (gigih KH buka balik slip result semata nak tengok senarai subjek haha) :
1) Al-Aswat wa Al-Tajwid 1
2) Al-Istima' wa Al-Kalam 1
3) Al-Imla' wa Al-Insya' 1
4) Al-Kitabah 1
5) Al-Tharwah al-Lughawiyyah 1
6) Nahu 1
7) Saraf 1
8) Bahasa Inggeris 1
9) Al-Mutalaah 1
10) Etika Pengajian
Kalau subjek masa semester 2 pula, tukar je semua subjek yang berakhir dengan '1' tadi tu kepada '2' dan subjek Etika Pengajian tu pula ganti dengan subjek Pendidikan Akhlak. Semua subjek tu dalam Bahasa Arab kecuali subjek Etika Pengajian, Pendidikan Akhlak dengan Bahasa Inggeris of course! 😆
![]() |
| Satu slip untuk semester 1, satu lagi semester 2. Gigih buka fail cari slip result haha 😆 |
Rasanya banyak lagi yang KH tak cerita pasal PKBA ni, tapi setakat ni jelah okay untuk masa sekarang. In shaa Allah, ada masa nanti KH sambung balik pasal PKBA ni okay semuaaa!
Terima kasih! Bye ma'as salamah !
